Pages

Friday, March 21, 2014

Masjid Tok Jiring (2007 - 2014)

Assalamualaikum...
Pertama sekali, mohon maaf kepada semua kerana agak lama tidak mengemaskini perkembangan terkini mengenai Masjid Tok Jiring yang telah memulakan proses pembinaannya sekitar tahun 2007. Masjid ini terletak di belakang bangunan Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) atau dahulunya dikenali sebagai Institut Berakan (IB).

Struktur asas bangunan Masjid telah pun digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan, aktiviti, majlis berbuka puasa dan juga kelas termasuk Kelas Tahsin dan Talaqqi Al-Quran untuk masyarakat sekitar.

Untuk makluman tuan/puan, bermula Mac 2014, Masjid ini telah memulakan fasa pembinaan berikutnya iaitu bermula dengan pembinaan TANGGA, diikuti KUBAHMIMBAR dan DEWAN diruang bawah masjid.

Sumbangan dari tuan puan masih diperlukan untuk menyiapkan pembinaan yang dinyatakan tadi. Sumbangan anda boleh disalurkan ke :

Akaun MAYBANK : 5630 6411 2631 atas nama JAWATAN KUASA PEMBINAAN MASJID TAHFIZ DARUL IMAN.

Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan kepada :
Ustaz Mohd Zahib : 013-903 5389
Ustaz Muzaihar Kamal : 017-412 0225
Ustaz Mohd Shaiful Ambia : 019-922 9158

Berikut, dilampirkan maklumat pembinaan yang dijangka disiapkan pada 2014.
1) TANGGA SISI (24' x 40')
Anggaran Kos : RM 100,000.00 - RM150,000
Mula Kerja : 1 MAC 2014
Anggaran Masa : 2 Bulan.

2) Pembinaan Kubah (Diameter 9m)
Anggaran Kos : RM 120,000.00
Mula Kerja : 1 MEI 2014
Anggaran Masa : 1 Bulan

 3 ) Mimbar Masjid.
Anggaran Kos : RM 30,000.00

4) Dewan (Ruang Bawah Masjid)
Anggaran Kos : RM50,000.00
Boleh memuatkan sekitar 200 orang 
Dibawah ini, disertakan beberapa gambar-gambar pembinaan masjid dari awal proses pembinaan hingga 2014.