Alhamdulillah, pada hari Rabu, 16 September 2020, Masjid Jamek Tok Jiring telah menganjurkan satu program Memasak Bubur Asyura. Program yang diadakan ini adalah hasil kerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jiring, Banggol Tok Jiring, Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP).
Gerak kerja bagi penyediaan 7 periuk Bubur Asyura telah bermula sejak hari selasa dengan penyediaan bahan mentah asas bagi melancarkan program pada hari Rabu tersebut.
Jawatankuasa penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telibat dalam melancarkan program tersebut.