Pages

Friday, September 18, 2020

Program Memasak Bubur Asyura 1442H

 Alhamdulillah, pada hari Rabu, 16 September 2020, Masjid Jamek Tok Jiring telah menganjurkan satu program Memasak Bubur Asyura. Program yang diadakan ini adalah hasil kerjasama dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Jiring, Banggol Tok Jiring, Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP).

Gerak kerja bagi penyediaan 7 periuk Bubur Asyura telah bermula sejak hari selasa dengan penyediaan bahan mentah asas bagi melancarkan program pada hari Rabu tersebut.

Jawatankuasa penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telibat dalam melancarkan program tersebut.



Saturday, July 20, 2019

Kembara Ulama Syria, Pembacaan Kitab Risalah Mustarsyideen



Alhamdulillah.... usai sebuah majlis ilmu yang berlangsung pagi tadi di Masjid Jamek Tok Jiring / Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT)
Kembara UIama Syria, Pembacaan Kitab Risalah Mustarsyideen.
👳‍♂ Sheikh Muhammad Adnan Al Saqqa
📅 13 Julai 2019 / 10 Zulkaedah 1440H
🕰 9.30 pagi
🕌 Masjid Jamek Tok Jiring




Wednesday, July 10, 2019

Bersama Sheikh Muhammad Adnan Al Saqqa




Kembara UIama Syria, Pembacaan Kitab Risalah Mustarsyideen.
👳‍♂ Sheikh Muhammad Adnan Al Saqqa
📅 13 Julai 2019 / 10 Zulkaedah 1440H
🕰 9.30 pagi
🕌 Masjid Jamek Tok Jiring



Friday, November 9, 2018

Perancangan Harta & Pengurusan Pusaka Dari Sudut Syariah & Undang-Undang

Assalamu'alaikum,



Masjid Jamek Tok Jiring mempelawa semua muslimin dan muslimat
untuk mengikuti ceramah "Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka 
Dari Sudut Syariah & Undang-undang".

Objektif seminar ialah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat
kepentingan merancang harta semasa masih hidup untuk mengelakkan
berlakunya pertelingkahan antara waris apabila pemilik harta
meninggal dunia.  Harta akan menjadi pusaka, dan jika tidak 
diuruskan dengan benar, akan membawa petaka kepada simati.

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH: 17 NOVEMBER 2018 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI – 1.00 PETANG
LOKASI: DEWAN SEMINAR 
MASJID JAMEK TOK JIRING
KM 14, JALAN KELANTAN ,
21060 KUALA NERUS, TERENGGANU
[DALAM KOMPLEKS MA’AHAD TAHFIZ WAL TARBIYYAH DARUL IMAN (MTT)]

PENCERAMAH:
TUAN HAJI MUKHTAR BIN ABDULLAH
(PENGERUSI PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI TERENGGANU)

YURAN PENYERTAAN: 
RM15.00/ORANG (TERMASUK NOTA, MAKAN DAN SIJIL)

Kepada individu yang berminat, sila berhubung dengan jawatankuasa 
berikut dengan menyatakan nama dan no. kad pengenalan (untuk 
tujuan rekod pendaftaran dan sijil penyertaan:

Ustaz Mujahid: 0112-4038230 (Tel & Whatsapp)
Puan Wan Namidah: 013-9384963 (Tel & Whatsapp

Wednesday, September 12, 2018

Thursday, August 2, 2018

Alhamdulillah... program Halaqah Wanita Muslimat diteruskan lagi untuk minggu ini. Terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.

➡📢📢😊
Penceramah : Ustazah Dr Khatijah bt Abdullah
Tajuk : Tafsir Wanita Dalam Al-Quran
🔴Hari : SABTU
🔴Tarikh : 04/08/2018
🔴Tempat : Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring
🔴Masa : 3.00 ptg- 4.15 ptg
✏ *Semua Muslimat di jemput hadir
# Khas untuk wanita sahaja.

Thursday, July 26, 2018

Hebahan Program Masjid Jamek Tok Jiring

InsyaAllah, Masjid Jamek Tok Jiring sebagai sebuah Hub Penyebaran Ilmu terus mengatur beberapa program untuk disertai oleh masyarakat setempat. Beberapa program yang telah dirancangkan untuk minggu ini adalah seperti berikut :


KHATIB TAMU
Khatib : Ustaz Kamal Ali
Tarikh : 27 Julai 2018 (Jumaat)

KULIAH MAGHRIB KHAS
Pengkuliah : Ustaz Ahmad Ulwan Hassim
Tarikh : 27 Julai 2018 (Jumaat)

HALAQAH WANITA MUSLIMAt
Pengkuliah : Ustazah Noorzila Mohamad
Tarikh : 28 Julai 2018 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tajuk : Muslimah Solehah Idamanku




Thursday, June 7, 2018

Sumbangan Program Kongsi Rezeki MJTJ

Alhamdulillah... Bersyukur terhadap rezeki kurniaan Allah pada hari ini, 7 Jun 2016.

Pihak Pengurusan Masjid Jamek Tok Jiring (MJTJ) amat berbesar hati untuk menerima sumbangan sempena Program Kongsi Rezeki Masjid Jamek Tok Jiring daripada pihak Kastam Di Raja Malaysia. Sumbangan daripada program kongsi rezeki ini akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


Khatib Tamu 08/06/2018 - Ustaz Mohd Syakir bin Nasoha


Thursday, May 31, 2018

Halaqah Wanita Muslimat 13 - Ustazah Dr Khatijah bt Abdullah


Alhamdulillah... program Halaqah Wanita Muslimat diteruskan lagi untuk edisi yang ke-13. Terima kasih diatas sokongan yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.



➡📢📢😊
Penceramah : Ustazah Dr Khatijah bt Abdullah
Tajuk : GANJARAN RAMADHAN UNTUK WANITA
🔴Hari : *SABTU*
🔴Tarikh : *2/6/2018*
🔴Tempat : Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring
🔴Masa : *3.00 ptg- 4.15 ptg*
✏ *Semua Muslimat di jemput hadir
# Khas untuk wanita sahaja.

Wednesday, May 23, 2018

Halaqah Wanita Muslimat 12 - Ustazah Noorzila Mohamed



➡📢📢😊
Penceramah : Ustazah Noorzila Mohamed
Tajuk : INDAHNYA RAMADHAN
🔴Hari : *SABTU*
🔴Tarikh : *26/5/2018*
🔴Tempat : Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring
🔴Masa : *3.00 ptg- 4.15 ptg*
✏ *Semua Muslimat di jemput hadir
# Khas untuk wanita sahaja.

Sunday, May 20, 2018

Program Kongsi Rezeki Ramadhan 1439H

"Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan". 

Memetik kepada hadis tersebut, pihak pengurusan Masjid Jamek Tok Jiring mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada dermawan sekalian untuk sama-sama turut serta dalam Program Kongsi Rezeki Bulan Ramadhan bagi tahun 2018.

Sumbangan akan digunakan untuk pembelian barang keperluan asas untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Ia terdiri daripada beras, minyak masak, gula dan beberapa barang keperluan asas yang lain.

Dua peringkat agihan dijadualkan akan dibuat. InsyaAllah, semoga sumbangan para dermawan sekalian dapat memberi manfaat kepada semua yang memerlukan.


Wednesday, May 16, 2018

Ihya' Ramadhan Masjid Jamek Tok Jiring 1439H / 2018M


Alhamdulillah... bulan Ramadhan menjelma lagi. Pihak Masjid Jamek Tok Jiring telah merancang beberapa aktiviti sebagai penghayatan dan menghidupkan bulan yang penuh keberkatan ini. Berikut dilampirkan jadual perancangan aktiviti Masjid Jamek Tok Jiring sepanjang kehadiran Ramadhan kali ini.

Sama-sama kita imarahkan program-program yang dianjurkan.


Thursday, May 3, 2018

Halaqah Wanita Muslimat 11 - Ustazah Dr Khatijah bt Abdullah


*Program Halaqah Wanita Muslimah Siri ke-11 diteruskan lagi pada minggu ini. 


➡📢📢😊
Penceramah : Ustazah Dr Khatijah bt Abdullah
🔴Hari : *SABTU*
🔴Tarikh : *5/5/2018*
🔴Tempat : Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring
🔴Masa : *3.00 ptg- 4.15 ptg*
✏ *Semua Muslimat di jemput hadir
# Khas untuk wanita sahaja.