Pages

Thursday, July 26, 2007

Masjid Tahfidz Darul Iman

MASJID TAHFIDZ DARUL IMAN - Menyambung Warisan Tradisi Menuntut Ilmu

Masjid Tahfidz Darul Iman adalah mercu tanda dan ‘sentral’ kepada Kompleks Pendidikan Ma’ahad Tahfidz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT). MTT ditubuhkan pada pada tahun 1977 (dikenali sebagai Institut Berakan) bagi memastikan ilmu Islam dilaksanakan secara ‘praktik’ didalam realiti masyarakat kontemporari. Sebagai sebuah Institusi Pendidikan Rakyat, MTT berkembang sesuai dengan keperluan pendidikan semasa, bersama Visi ; ‘ Melahirkan Generasi Mulsim Yang Menghafal Al-Quran dan Berpegang dengan Ajarannya, Membentuk Para Ulama’ dan Pemimpin Masa Depan yang Mengusai Ilmu & Maklumat untuk Kebaikan Dunia dan Akhirat’.

Masjid Tahfidz Darul Iman adalah penyambung tradisi menuntut ilmu-ilmu Islam yang bukan hanya menjadi pusat ritual semata-mata, bahkan menjadi ‘nukleus’ bagi pembinaan Insan berdasarkan objektif MTT;
1. Mengajar ilmu-ilmu Islam yang menekankan asas pembangunan manusia dari semua sudut
2. Melahirkan generasi Muslim terpelajar yang mampu menyebarkan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-Sunnah serta menguasai perkembangan semasa dan teknologi terkini
3. Mendidik dan mengeluarkan pelajar yang mahir menguasai Bahasa Arab
4. Menghasilkan tenaga kerja Islam yang bersifat Dai’e dan mujahid
5. Melatih dan melahirkan ulama yang mujtahid dan berketerampilan

InsyaAllah, dengan tertegaknya Mesjid Tahfidz Darul Iman, akan menyemarakkan syiar dan perjuangan Islam. Dengan itu, kami merayu pihak tuan/ puan, muslimin/ muslimat dapat memberikan sumbangan didalam pembinaan Mesjid ini.

No comments: