Pages

Thursday, June 26, 2014

Masjid Jamek Tok Jiring, Dihari Pemergian Murabbi Ustaz Abu Bakar Chik.


23 Jun 2014, tarikh yang pasti akan dikenang. Tarikh yang menyaksikan pemergian sang Murabbi, AL-MARHUM USTAZ ABU BAKAR BIN CHIK yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar jam 3.51 pagi. Ribuan rakyat serata Malaysia datang mengunjungi rumah Almarhum yang terletak bersebelahan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman untuk menatap wajah pejuang ini buat kali terakhir. 

Jenazah Almarhum kemudiannya disembahyangkan di Masjid Jami'e Tok Jiring yang juga terletak di belakang Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman. Ribuan jemaah memenuhi setiap ruang masjid yang baru sahaja selesai proses pemasangan kubah dan binaan asas tangga. Jenazah disemadikan dihadapa Asrama Muslimin MTT yang terletak dibelakang masjid tersebut. Moga Al-marhum sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t. Perjuangan beliau akan diteruskan oleh generasi yang beliau didik, ajar dan tarbiyyah.


















No comments: