Pages

Friday, May 26, 2017

Penyerahan Kit-Kongsi Rezeki (Peringkat Pertama)


[KEMASKINI]

Penyerahan Peringkat Pertama Program Kongsi Rezeki - Cakna Ramadhan (Peringkat Pertama)


Gimik penyerahan telah dibuat oleh Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Tok Jiring, iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal kepada wakil kampung penerima sumbangan yang terdiri daripada Kampung Tok Jiring, Kampung Banggol Tok Jiring, dan Wakaf Tembesu untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


Sejumlah 30 Kit-Kongsi Rezeki peringkat pertama program Cakna Ramadhan Masjid Jamek Tok Jiring. Alhamdulillah dan terima kasih kepada mereka yang turut bersama-sama menyalurkan dana bagi menjayakan program ini.

Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada Jawatankuasa Masjid Jamek Tok Jiring

No comments: