Pages

Tuesday, January 2, 2018

Halaqah Muslimat 1 - Dr Khadijah

Alhamdulillah... Tahun Baharu 2018 telah tiba. Pelbagai perancangan program dan pembinaan di Masjid Jamek Tok Jiring akan diteruskan untuk tahun ini. Sumbangan dan sokongan daripada sahabat-sahabat sekalian amat diperlukan dalam usaha mengimarahkan program-program yang dijalankan. 

InsyaAllah, untuk tahun 2018, pihak jawatankuasa Masjid Jamek Tok Jiring sedang berusaha untuk mendapatkan panel-panel untuk mengisi slot Halaqah Muslimat sebagai salah satu pengisian di Masjid Jamek Tok Jiring.

Untuk edisi pertama Halaqah Wanita Muslimah, pihak MJTJ telah berjaya menjemput Ustazah Dr Siti Khatijah Abdullah pada 6 Januari 2018 (Sabtu), bermula jam 3.00 petang di Dewan Seminar, Masjid Jamek Tok Jiring. Para Muslimat dijemput bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini dan semoga mendapat manfaat yang banyak daripadanya. InsyaAllah.




No comments: