Pages

Monday, January 29, 2018

Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf)


Gerhana Bulan Separa akan berlaku pada 31 Januari 2018 bersamaan 15 Jamadil awal 1439H. Gerhana mula kelihatan bermula jam 7.20 malam (bulan terbit) dan tamat pada jam 12.08 tengah malam iaitu mengambil masa selama 4 jam 48 minit.



Urusan Ulama Tepoh dengan kerjasama Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman akan menjayakan Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) secara berjamaah di Masjid Jamek Tok Jiring seperti butiran berikut :-

7.30mlm – Sembahyang Maghrib Berjamaah
7.45mlm – Taklimat kaifiyat perlaksanaan sembahyang Gerhana Bulan (Khusuf).
8.00mlm – Sembahyang Gerhana Bulan (Khusuf) berjamaah
` (akan diimamkan oleh Ustaz Abdullah Basri B. Abu Bakar al-Hafiz) 
8.15mlm – Khutbah Sembahyang Gerhana Bulan (Khusuf).
(Khatib : YB. Ustaz Hj Hishamuddin B. Abdul Karim)
8.40mlm – Sembahyang Isyak Berjamaah
9.00mlm – Jamuan ringan.

Adalah digalakkan agar membawa seisi keluarga bagi mendapatkan kelebihan Sembahyang Gerhana Bulan (Khusuf) berjamaah sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya: "Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata:Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

No comments: