Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah)
Menjadi Sunnatul Rasul S.A.W mengarahkan kepada umatnya untuk melaksanakan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan pertolongan kepada kita dan Negara kita tercinta ini.
Insya Allah pihak Masjid Jamek Tok Jiring dengan kerjasama Urusan Ulama Kuala Nerus & Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman akan mengadakan solat sunat gerhana secara berjemaah seperti berikut :
Tarikh : 9/3/2016
Waktu : 8.40 pagi - 9.40 pg
Tempat : Dewan Solat Masjid Jamek Tok Jiring.
No comments:
Post a Comment