Pages

Thursday, April 12, 2018

Sambutan Israk Mikraj 1439H


Alhamdulillah, saban tahun pihak jawatankuasa Masjid Jamek Tok Jiring akan menyusun atur beberapa program khusus untuk sambutan Israk Mikraj.

Sambutan Israk Mikraj bagi tahun 1439H juga tidak ketinggalan dengan menampilkan beberapa program untuk sama-sama dihadiri oleh muslimin dan muslimat sekalian.

Tarikh : 13 & 14 April 2018
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring.

Pengisian program 13 April 2018
1. Khatib Tamu oleh Al Fadhil Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Ustaz HAK)
2. Jamuan Laksa seusai solat Jumaat di Masjid Jamek Tok Jiring
3. Kuliah Israk Mikraj oleh Tuan Fazrul Fahmi Ismail. Kuliah ini akan dilangsungkan bermula jam 9.00 malam.

Pengisian program 14 April 2018
4. Kuliah Maghrib Khas oleh Ustaz Mohd Kaswadi A. Ghani. Beliau merupakan Pegawai Dakwah di JAHEAIK.

Tuan Fazrul Fahmi Ismail merupakan jurulatih utama Akademi Sinergi Ikhlas yang turut mempunyai kepakaran dalam bidang tadabbur al-Quran.

Muslimin dan muslimat dijemput untuk bersama-sama hadir mengimarahkan majlis ilmu yang telah dirancangkan ini. Semoga Allah SWT memberi kemudahan kepada setiap hambaNya yang senantias berusaha untuk menuntut ilmu. InsyaAllah.....






No comments: