Pages

Showing posts with label khutbah. Show all posts
Showing posts with label khutbah. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Program Gerhana Bulan Penuh


Dengan izin Allah, sekali lagi kita diberi peluang untuk menunaikan solat gerhana di Masjid Jamek Tok Jiring. Program yang sama juga telah diadakan pada Oktober 2014 yang lalu. Kejadian Gerhana Bulan Penuh ini menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam dan memberi kita ruang dan peluang untuk menilai dan mendalami kekuasaanNya.


Berikut disertakan Kaifiat Solat Sunat Gerhana Bulan untuk rujukan pembaca dimasa akan datang.



Tuesday, December 30, 2014

Pembinaan Tangga Masjid MTT (30122014)



Alhamdulillah... Lama pihak Masjid Jamek Tok Jiring tidak berkongsi status dan gambar pembinaan tangga masjid. Untuk makluman, proses pembinaan diberhentikan seketika pada musim peperiksaan yang lalu untuk mengelakkan gangguan bunyi. Kerja-kerja pemasangan diteruskan semula. Gambar menunjukkan keadaan terkini pada 30 Disember 2014.

Sebagai maklumat tambahan, setiap hari jumaat (malam), satu pengajian kitab hikam akan dilaksanakan di masjid ini.







Sunday, October 12, 2014

Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Jamek Tok Jiring (8 Oktober 2014)



Alhamdulillah, seperti yang semua sudah sedia maklum, kejadian Gerhana Bulan telah berlaku pada 8 Oktober 2014 (Rabu) yang lalu. Pihak Masjid Jamek Tok Jiring dengan kerjasama MTT turut sama mengadakan Sola Sunat Gerhana yang diimamkan oleh Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar. Khutbah pula dibacakan oleh Ustaz Mohd Nafizul Ismail.