Pages

Showing posts with label abu bakar chik. Show all posts
Showing posts with label abu bakar chik. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Program Gerhana Bulan Penuh


Dengan izin Allah, sekali lagi kita diberi peluang untuk menunaikan solat gerhana di Masjid Jamek Tok Jiring. Program yang sama juga telah diadakan pada Oktober 2014 yang lalu. Kejadian Gerhana Bulan Penuh ini menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam dan memberi kita ruang dan peluang untuk menilai dan mendalami kekuasaanNya.


Berikut disertakan Kaifiat Solat Sunat Gerhana Bulan untuk rujukan pembaca dimasa akan datang.



Wednesday, April 1, 2015

Masjid Jamek Tok Jiring 1 April 2015


Alhamdulillah... Gambar bertarikh 1 April 2015 Masjid Jamek Tok Jiring yang telah mengalami kerja-kerja naik taraf hasil daripada sumbangan dan infaq orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada projek pembangunan yang dijalankan. Kerja-kerja naiktaraf ini belum selesai sepenuhnya.

InsyaAllah, antara gerak kerja yang sedang dalam perancangan untuk dibuat adalah ruang wudhu di tingkat atas masjid untuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada jemaah masjid yang semakin meningkat dari hari ke hari.


Sebarang sumbangan untuk Masjid Jamek Tok Jiring boleh disalurkan melalui :

MAYBANK: 5630 6411 2631 (J/Kuasa Pembinaan Masjid)

Pertanyaan :
Ust. Mohd Zahib : 013-903 5389
Ust. Muzaihar Kamal : 017-412 0225
Ust. Mohd Shaiful : 019-922 9158

Tuesday, December 30, 2014

Pembinaan Tangga Masjid MTT (30122014)



Alhamdulillah... Lama pihak Masjid Jamek Tok Jiring tidak berkongsi status dan gambar pembinaan tangga masjid. Untuk makluman, proses pembinaan diberhentikan seketika pada musim peperiksaan yang lalu untuk mengelakkan gangguan bunyi. Kerja-kerja pemasangan diteruskan semula. Gambar menunjukkan keadaan terkini pada 30 Disember 2014.

Sebagai maklumat tambahan, setiap hari jumaat (malam), satu pengajian kitab hikam akan dilaksanakan di masjid ini.







Monday, October 27, 2014

Pengajian Kitab Hikam

Alhamdulillah... Pengajian Kitab Hikam bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Daud untuk minggu pertama selesai dilaksanakan pada 25 Oktober yang lalu. Terima Kasih pada muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi ruang Masjid Jamek Tok Jiring.



Tuesday, October 21, 2014

Kuliah Maghrib Pengajian Kitab Hikam ~ Ustaz Haji Suhaimi bin Daud.



InsyaAllah, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan mengadakan Kuliah Maghrib Mingguan, Pengajian Kitab Hikam yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Suhaimi bin Daud seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Bermula 24-10-2014 / 29 Zulhijjah 1435H
Masa : Jumaat Malam Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

:: Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. 


Berikut, dilampirkan peta untuk ke Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak didalam Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).