Pages

Showing posts with label tok. Show all posts
Showing posts with label tok. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Usai Kuliah Maghrib Bersama UAI Sempena Dana Pembangunan Masjid


Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Jutaan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus untuk slot Kuliah Maghrib pada 25 Februari 2016 yang lalu yang telah menarik ribuan jemaah untuk mengimarahkan Majlis Ilmu di Masjid Jamek Tok Jiring.


Ucapan terima kasih dan syabas juga kepada semua jemaah yang sama-sama membantu pihak masjid dalam mengumpulkan dana bagi Pembangunan Fasa III Masjid Jamek Tok Jiring seperti yang sering diwar-warkan melalui medium kami Facebook dan Laman Web.


Seusai kuliah dan solat Isyak berjemaah, UAI sempat meluangkan masa untuk Pelancaran Kenderaan terbaru MTT iaitu ISUZU D-MAX di perkarangan masjid. Alhamdulillah... Semoga semua urusan yang dilaksanakan mendapat redha dan berkat dari Allah SWT.


Wednesday, February 17, 2016

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Azhar Idrus (25/02/2016)



InsyaAllah... Kuliah Maghrib Sempena Dana Pembangunan Masjid Jamek Tok Jiring seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Februari 2016
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Ruang Solat Masjid Jamek Tok Jiring.

JOM! SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Monday, January 4, 2016

Soal Jawab Pengurusan Jenazah & Praktikal (08012016)

Assalamualaikum... InsyaAllah, satu program BICARA SOAL JAWAB PENGURUSAN JENAZAH & PRAKTIKAL akan berlangsung seperti maklumat berikut :

Tarikh : 8 Januari 2016 (Jumaat)
Masa : 3.00ptg - 3.45ptg (Soal Jawab),
            3.45ptg - 5.00ptg (Praktikal)
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring.

Marilah kita sama-sama hadir untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat untuk kita bersama-sama menjalankan kewajipan dalam menguruskan jenazah ibu/bapa dan saudara kita.

Sunday, December 20, 2015

Forum Maulidurrasul 1436H



Ayuh! bersama-sama kami dalam Majlis Ilmu pada minggu ini seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 24 Disember 2015 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

Panel :
Ustaz Haji Ismail Che Dagang
Ustaz Wan Faizul Wan Abas

Friday, December 18, 2015

Bersama Sheikh Mohib Khouli


Alhamdulillah... Selesai sudah program Kuliah Maghrib Jemputan Bersama Sheikh Mohib Khouli di Masjid Jamek Tok Jiring pada 17 Disember yang lalu. Kuliah yang berkisar kepada tajuk Cinta Pada Pemimpin Ummah, Muhammad SAW itu menarik minat jemaah yang hadir pada malam tersebut. 

Terima kasih kepada muslimin dan muslimat yang hadir memeriahkan majlis ilmu tersebut. Jutaan terima kasih juga kepada penceramah yang sudi hadir bersama-sama para jemaah pada malam tersebut.




Tuesday, December 1, 2015

Khatib Tamu & Kuliah Maghrib 04/12/2015 - Imam Muda Fakhrul


Alhamdulillah, bersempena program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH yang sedang berlangsung di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), pihak Masjid Jamek Tok Jiring berpeluang untuk menjemput Imam Muda Fakhrul Razi sebagai Khatib Tamu dan Pentazkirah bagi slot Kuliah Maghrib.

Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Program : Khatib Tamu
Tarikh : 04 Disember 2015
Masa : Solat Jumaat

Program : Kuliah Maghrib
Tarikh 04 Disember 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib.

Semoga dengan kehadiran muslimin dan muslimat dapat mengimarahkan program pada kali ini. InsyaAllah.



Monday, November 30, 2015

Kuliah Maghrib Jemputan - Ustaz Ahmad Tarmizi Taha


Alhamdulillah... siri program Kuliah Maghrib Jemputan diteruskan lagi pada minggu ini dengan penampilan istimewa seperti ketetapan berikut :

Tazkirah Oleh : Ustaz Ahmad Tarmizi Taha
Tarikh : 3 Disember 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring.


Monday, November 23, 2015

Khatib Tamu 27/11/2015 : YB Ustaz Hishamuddin (YB Tepoh)


InsyaAllah, pada minggu ini, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan menampilkan YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Adun Tepoh) sebagai Khatib Tamu.

Dijemput kepada para muslimin untuk hadir pada hari Jumaat, bersamaan 27 November 2015.


Saturday, November 21, 2015

Kuliah Mingguan Kitab Hikam 20/11/2015


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kuliah mingguan Kitab Hikam bersama Ustaz Suhaimi Daud diteruskan untuk kesekian kalinya. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, bertemu lagi diminggu berikutnya.


Monday, November 16, 2015

Khatib Tamu 20/11/2015 : Ustaz Najmul Khairi (AFMY)



InsyaAllah, pada minggu ini, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan menampilkan Ustaz Ahmad Najmul Khairi daripada Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) sebagai Khatib Tamu pada minggu ini

Jemput semua muslimin untuk hadir pada hari Jumaat ini bersamaa 20 November 2015.


Monday, November 9, 2015

Khatib Tamu 13 November 2015, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah



Khatib Tamu Masjid Jamek Tok Jiring​
Tarikh : 13 November 2015 (Jumaat)
Bersama : Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

Sebahagian kutipan tabung minggu tersebut akan disalurkan ke untuk Syria.

Tuesday, November 3, 2015

Khatib Tamu Bersama Ustaz Wan Sukairi




Tarikh : 6 November 2015 (Jumaat)
Bersama : Ustaz Wan Sukairi.

Sebahagian kutipan tabung minggu tersebut akan disalurkan ke untuk Syria.

Wednesday, October 21, 2015

Tazkirah Jumaat & Khatib Tamu - Ustaz Wan Azahar Wan Ahmad (23 Oktober 2015)

InsyaAllah... Tazkirah Jumaat & Khatib Tamu Masjid Jamek Tok Jiring pada minggu ini adalah Ustaz Wan Azahar Wan Ahmad bermula jam 12.30 tengahari. Jemput sama-sama imarahkan majlis ilmu.

Monday, June 29, 2015

Pengagihan Bubur Lambuk Percuma

Alhamdulillah... Rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, pada hari khamis yang lalu 25 Jun 2015, sessi pengagihan bubur lambuk selesai dilaksanakan. Program anjuran bersama pihak jawatankuasa Masjid Jamek Tok Jiring, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) itu menyasarkan golongan ibu bapa yang menjemput anak-anak mereka dari sekolah dan penduduk sekitar. InsyaAllah, program ini akan diteruskan dengan izin dan rezeki dari Allah SWT.




Monday, May 4, 2015

Muktamar Dewan Ulama Negeri Terengganu di Dewan Seminar Masjid Jamek Tok Jiring.

Alhamdulillah, Dewan Seminar Masjid jamek Tok Jiring telah menjadi pilihan untuk penganjuran Muktamar Dewan Ulama Negeri Terengganu yang berlangsung pada 3 Mei 2015 yang lalu. 





Sunday, April 5, 2015

Program Gerhana Bulan Penuh


Dengan izin Allah, sekali lagi kita diberi peluang untuk menunaikan solat gerhana di Masjid Jamek Tok Jiring. Program yang sama juga telah diadakan pada Oktober 2014 yang lalu. Kejadian Gerhana Bulan Penuh ini menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam dan memberi kita ruang dan peluang untuk menilai dan mendalami kekuasaanNya.


Berikut disertakan Kaifiat Solat Sunat Gerhana Bulan untuk rujukan pembaca dimasa akan datang.



Wednesday, April 1, 2015

Masjid Jamek Tok Jiring 1 April 2015


Alhamdulillah... Gambar bertarikh 1 April 2015 Masjid Jamek Tok Jiring yang telah mengalami kerja-kerja naik taraf hasil daripada sumbangan dan infaq orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada projek pembangunan yang dijalankan. Kerja-kerja naiktaraf ini belum selesai sepenuhnya.

InsyaAllah, antara gerak kerja yang sedang dalam perancangan untuk dibuat adalah ruang wudhu di tingkat atas masjid untuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada jemaah masjid yang semakin meningkat dari hari ke hari.


Sebarang sumbangan untuk Masjid Jamek Tok Jiring boleh disalurkan melalui :

MAYBANK: 5630 6411 2631 (J/Kuasa Pembinaan Masjid)

Pertanyaan :
Ust. Mohd Zahib : 013-903 5389
Ust. Muzaihar Kamal : 017-412 0225
Ust. Mohd Shaiful : 019-922 9158

Friday, February 27, 2015

Kuliah Maghrib Ustaz Ahmad Fauzi Hassan




Alhamdulillah... Kuliah Maghrib Masjid Jamek Tok Jiring pada hari ini 27/02/2015 (Jumaat) telah disampaikan oleh Ustaz Fauzi Hassan dari Jabatan Hadis, Fakulti Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Saturday, February 21, 2015

Sekitar Kuliah Maghrib Ustaz Harryanto Rizal Rokman.



Alhamdulillah... Sambutan yang amat baik diterima untuk program Kuliah Maghrib Ustaz Harryanto Rizal Rokman di Masjid Jamek Tok Jiring. 


Kuliah maghrib tersebut berlangsung hampir dua jam dan berkisar kepada tajuk Ciri-Ciri Masyarakat Unggul. Terima kasih diucapkan kepada jemaah yang hadir dari sekitar Kuala Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu pada malam ini. Terima kasih juga kepada al-Fadhil Ustaz Harryanto yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut.


Sebagai makluman tambahan, setiap jumaat, Masjid Jamek Tok Jiring turut mengadakan kuliah Pengajian Kitab Hikam yang disampaikan oleh al-Fahdil, Ustaz Haji Suhaimi bin Daud yang telah bermula akhir 2014 yang lalu.



GALERI GAMBAR

Monday, February 16, 2015

Kuliah Maghrib Ustaz Harryanto Rizal Rokman (21022015)

InsyaAllah, pada 21 Februari 2015 (SABTU), akan diadakan satu Kuliah Magrib bersama Ustaz Harryanto Rizal Rokman di Masjid Jamek Tok Jiring. Jemput muslimin dan muslimat hadir beramai-ramai memeriahkan majlis.