Pages

Showing posts with label MTT. Show all posts
Showing posts with label MTT. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Khatib Tamu & Kuliah Maghrib 04/12/2015 - Imam Muda Fakhrul


Alhamdulillah, bersempena program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH yang sedang berlangsung di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), pihak Masjid Jamek Tok Jiring berpeluang untuk menjemput Imam Muda Fakhrul Razi sebagai Khatib Tamu dan Pentazkirah bagi slot Kuliah Maghrib.

Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Program : Khatib Tamu
Tarikh : 04 Disember 2015
Masa : Solat Jumaat

Program : Kuliah Maghrib
Tarikh 04 Disember 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib.

Semoga dengan kehadiran muslimin dan muslimat dapat mengimarahkan program pada kali ini. InsyaAllah.



Tuesday, November 3, 2015

Khatib Tamu Bersama Ustaz Wan Sukairi




Tarikh : 6 November 2015 (Jumaat)
Bersama : Ustaz Wan Sukairi.

Sebahagian kutipan tabung minggu tersebut akan disalurkan ke untuk Syria.

Saturday, July 4, 2015

Forum Nuzul Al-Quran & Iftar Masjid Jamek Tok Jiring

Alhamdulillah... Selesai sudah majlis Nuzul Al-Quran & Iftar Masjid Jamek Tok Jiring pada 3 Julai 2015 yang lalu, bersamaan 10 Ramadhan 1436 Hijrah. Program adalah anjuran bersama Masjid Jamek Tok Jiring dan Dewan Ulama Kuala Nerus.

Terima Kasih diucapkan kepada YB Ustaz Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri dan Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah atas kesudian sebagai panel forum Nuzul Al-Quran dan turut sama dalam majlis berbuka puasa pada petang tersebut. Ribuan terima kasih juga kepada semua hadirin yang bersama-sama sepanjang Forum Nuzul al-Quran berlangsung. InsyaAllah, program kemasyarakatan sebegini akan diteruskan dari masa ke masa.







Monday, June 29, 2015

Pengagihan Bubur Lambuk Percuma

Alhamdulillah... Rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT, pada hari khamis yang lalu 25 Jun 2015, sessi pengagihan bubur lambuk selesai dilaksanakan. Program anjuran bersama pihak jawatankuasa Masjid Jamek Tok Jiring, Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) dan Yayasan Kebajikan & Pembangunan Pendidikan Terengganu (YAKEP) itu menyasarkan golongan ibu bapa yang menjemput anak-anak mereka dari sekolah dan penduduk sekitar. InsyaAllah, program ini akan diteruskan dengan izin dan rezeki dari Allah SWT.




Sunday, May 10, 2015

Kuliah Isra' Mikraj - 15 Mei 2015


InsyaAllah, satu program Kuliah Maghrib dijadualkan berlangsung seperti ketetapan berikut :


KULIAH MAGHRIB ISRA' MIKRAJ
Tarikh : 15 Mei 2015
Masa : Selepas Maghrib
Penceramah : Ustaz Ahmad Tirmizi bin Taha
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring




Bersempena dengan program tersebut, turut dibuka gerai jualan buku-buku ilmiah, wakaf lot tanah dan beberapa produk lain di tapak gerai.


Wednesday, April 1, 2015

Masjid Jamek Tok Jiring 1 April 2015


Alhamdulillah... Gambar bertarikh 1 April 2015 Masjid Jamek Tok Jiring yang telah mengalami kerja-kerja naik taraf hasil daripada sumbangan dan infaq orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada projek pembangunan yang dijalankan. Kerja-kerja naiktaraf ini belum selesai sepenuhnya.

InsyaAllah, antara gerak kerja yang sedang dalam perancangan untuk dibuat adalah ruang wudhu di tingkat atas masjid untuk memberi lebih kemudahan dan keselesaan kepada jemaah masjid yang semakin meningkat dari hari ke hari.


Sebarang sumbangan untuk Masjid Jamek Tok Jiring boleh disalurkan melalui :

MAYBANK: 5630 6411 2631 (J/Kuasa Pembinaan Masjid)

Pertanyaan :
Ust. Mohd Zahib : 013-903 5389
Ust. Muzaihar Kamal : 017-412 0225
Ust. Mohd Shaiful : 019-922 9158

Monday, October 27, 2014

Pengajian Kitab Hikam

Alhamdulillah... Pengajian Kitab Hikam bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Daud untuk minggu pertama selesai dilaksanakan pada 25 Oktober yang lalu. Terima Kasih pada muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi ruang Masjid Jamek Tok Jiring.



Tuesday, October 21, 2014

Kuliah Maghrib Pengajian Kitab Hikam ~ Ustaz Haji Suhaimi bin Daud.



InsyaAllah, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan mengadakan Kuliah Maghrib Mingguan, Pengajian Kitab Hikam yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Suhaimi bin Daud seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Bermula 24-10-2014 / 29 Zulhijjah 1435H
Masa : Jumaat Malam Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

:: Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. 


Berikut, dilampirkan peta untuk ke Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak didalam Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).



Sunday, October 12, 2014

Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Jamek Tok Jiring (8 Oktober 2014)



Alhamdulillah, seperti yang semua sudah sedia maklum, kejadian Gerhana Bulan telah berlaku pada 8 Oktober 2014 (Rabu) yang lalu. Pihak Masjid Jamek Tok Jiring dengan kerjasama MTT turut sama mengadakan Sola Sunat Gerhana yang diimamkan oleh Ustaz Abdullah Basri bin Abu Bakar. Khutbah pula dibacakan oleh Ustaz Mohd Nafizul Ismail. 





Wednesday, August 20, 2014

Jemputan Jamuan Hari Raya Masjid Jamek Tok Jiring (22 Ogos 2014)




Assalamualaikum.... 

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Tok Jiring ingin menjemput anda sekeluarga ke :

Majlis Jamuan Syawal 1435H
Tarikh : 22 Ogos 2014
Masa : 8.30 Pagi - Selesai Solat Jumaat.

Tentatif :
8.45 - 9.45 : Kuliah Dhuha oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Muzaihar Kamal bin Mustapa Kamal.
10.00 - 10.30 : Burdah
10.30 - 11.00 : Solat Sunat Tasbih & Solat Hajat Berjemaah
11.00 : Jamuan Makan,

**Khatib Jemputan Solat Jumaat - Ustaz Kamarulzaman Abdullah 
(Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu)
** Turut Diadakan Pemeriksaan Kesihatan Dari PERTUBUHAN AMAL PERUBATAN IBNU SINA MALAYSIA (PAPISMA)

Wednesday, November 5, 2008

Pembinaan Sehingga Akhir Oktober 2008 / Progress as of end October 2008


Pembinaan Masjid Tahfiz Darul Iman diteruskan selepas Aidilfitri. Ketika artikel ini ditulis, aras satu sudah mula digunakan untuk solat 5 waktu oleh pelajar-pelajar MTT dan penduduk di sekitar.






Wakaf jubin untuk pembinaan masjid ini masih lagi dibuka kepada mereka yang ingin menyumbang. Selain itu sumbangan bahan binaan serta kewangan juga amatlah dialu-alukan dari para dermawan yang budiman.