Pages

Showing posts with label abc. Show all posts
Showing posts with label abc. Show all posts

Sunday, April 5, 2015

Program Gerhana Bulan Penuh


Dengan izin Allah, sekali lagi kita diberi peluang untuk menunaikan solat gerhana di Masjid Jamek Tok Jiring. Program yang sama juga telah diadakan pada Oktober 2014 yang lalu. Kejadian Gerhana Bulan Penuh ini menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam dan memberi kita ruang dan peluang untuk menilai dan mendalami kekuasaanNya.


Berikut disertakan Kaifiat Solat Sunat Gerhana Bulan untuk rujukan pembaca dimasa akan datang.



Tuesday, December 30, 2014

Pembinaan Tangga Masjid MTT (30122014)



Alhamdulillah... Lama pihak Masjid Jamek Tok Jiring tidak berkongsi status dan gambar pembinaan tangga masjid. Untuk makluman, proses pembinaan diberhentikan seketika pada musim peperiksaan yang lalu untuk mengelakkan gangguan bunyi. Kerja-kerja pemasangan diteruskan semula. Gambar menunjukkan keadaan terkini pada 30 Disember 2014.

Sebagai maklumat tambahan, setiap hari jumaat (malam), satu pengajian kitab hikam akan dilaksanakan di masjid ini.







Monday, October 27, 2014

Pengajian Kitab Hikam

Alhamdulillah... Pengajian Kitab Hikam bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Daud untuk minggu pertama selesai dilaksanakan pada 25 Oktober yang lalu. Terima Kasih pada muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi ruang Masjid Jamek Tok Jiring.



Tuesday, October 21, 2014

Kuliah Maghrib Pengajian Kitab Hikam ~ Ustaz Haji Suhaimi bin Daud.



InsyaAllah, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan mengadakan Kuliah Maghrib Mingguan, Pengajian Kitab Hikam yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Suhaimi bin Daud seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Bermula 24-10-2014 / 29 Zulhijjah 1435H
Masa : Jumaat Malam Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

:: Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. 


Berikut, dilampirkan peta untuk ke Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak didalam Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).