Pages

Showing posts with label jumaat. Show all posts
Showing posts with label jumaat. Show all posts

Monday, January 4, 2016

Soal Jawab Pengurusan Jenazah & Praktikal (08012016)

Assalamualaikum... InsyaAllah, satu program BICARA SOAL JAWAB PENGURUSAN JENAZAH & PRAKTIKAL akan berlangsung seperti maklumat berikut :

Tarikh : 8 Januari 2016 (Jumaat)
Masa : 3.00ptg - 3.45ptg (Soal Jawab),
            3.45ptg - 5.00ptg (Praktikal)
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring.

Marilah kita sama-sama hadir untuk mempelajari ilmu yang bermanfaat untuk kita bersama-sama menjalankan kewajipan dalam menguruskan jenazah ibu/bapa dan saudara kita.

Friday, December 4, 2015

Kuliah Bersama Ustaz Tarmizi Taha


Alhamdulillah... selesai sudah program Kuliah Maghrib Jemputan pada minggu ini bersama Ustaz Ahmad Tirmizi Taha di Masjid Jamek Tok Jiring. InsyaAllah, program seterusnya adalah seperti berikut :

Khatib Tamu (Jumaat) : Imam Muda Fakhrul
Tarikh : 4 Disember 2015 (Jumaat)

Kuliah Maghrib : Imam Muda Fakhrul
Tarikh 4 Disember 2015 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Kuliah Maghrib Jemputan : Ustaz Hagia Sofia
Tarikh : 10 Disember 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib

Monday, November 23, 2015

Khatib Tamu 27/11/2015 : YB Ustaz Hishamuddin (YB Tepoh)


InsyaAllah, pada minggu ini, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan menampilkan YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Adun Tepoh) sebagai Khatib Tamu.

Dijemput kepada para muslimin untuk hadir pada hari Jumaat, bersamaan 27 November 2015.


Wednesday, October 21, 2015

Tazkirah Jumaat & Khatib Tamu - Ustaz Wan Azahar Wan Ahmad (23 Oktober 2015)

InsyaAllah... Tazkirah Jumaat & Khatib Tamu Masjid Jamek Tok Jiring pada minggu ini adalah Ustaz Wan Azahar Wan Ahmad bermula jam 12.30 tengahari. Jemput sama-sama imarahkan majlis ilmu.

Tuesday, December 30, 2014

Pembinaan Tangga Masjid MTT (30122014)



Alhamdulillah... Lama pihak Masjid Jamek Tok Jiring tidak berkongsi status dan gambar pembinaan tangga masjid. Untuk makluman, proses pembinaan diberhentikan seketika pada musim peperiksaan yang lalu untuk mengelakkan gangguan bunyi. Kerja-kerja pemasangan diteruskan semula. Gambar menunjukkan keadaan terkini pada 30 Disember 2014.

Sebagai maklumat tambahan, setiap hari jumaat (malam), satu pengajian kitab hikam akan dilaksanakan di masjid ini.







Monday, October 27, 2014

Pengajian Kitab Hikam

Alhamdulillah... Pengajian Kitab Hikam bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Daud untuk minggu pertama selesai dilaksanakan pada 25 Oktober yang lalu. Terima Kasih pada muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi ruang Masjid Jamek Tok Jiring.



Tuesday, October 21, 2014

Kuliah Maghrib Pengajian Kitab Hikam ~ Ustaz Haji Suhaimi bin Daud.



InsyaAllah, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan mengadakan Kuliah Maghrib Mingguan, Pengajian Kitab Hikam yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Suhaimi bin Daud seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Bermula 24-10-2014 / 29 Zulhijjah 1435H
Masa : Jumaat Malam Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

:: Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. 


Berikut, dilampirkan peta untuk ke Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak didalam Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).