Pages

Showing posts with label daud. Show all posts
Showing posts with label daud. Show all posts

Saturday, November 21, 2015

Kuliah Mingguan Kitab Hikam 20/11/2015


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kuliah mingguan Kitab Hikam bersama Ustaz Suhaimi Daud diteruskan untuk kesekian kalinya. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, bertemu lagi diminggu berikutnya.


Saturday, February 21, 2015

Sekitar Kuliah Maghrib Ustaz Harryanto Rizal Rokman.



Alhamdulillah... Sambutan yang amat baik diterima untuk program Kuliah Maghrib Ustaz Harryanto Rizal Rokman di Masjid Jamek Tok Jiring. 


Kuliah maghrib tersebut berlangsung hampir dua jam dan berkisar kepada tajuk Ciri-Ciri Masyarakat Unggul. Terima kasih diucapkan kepada jemaah yang hadir dari sekitar Kuala Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu pada malam ini. Terima kasih juga kepada al-Fadhil Ustaz Harryanto yang telah bersama-sama menjayakan program tersebut.


Sebagai makluman tambahan, setiap jumaat, Masjid Jamek Tok Jiring turut mengadakan kuliah Pengajian Kitab Hikam yang disampaikan oleh al-Fahdil, Ustaz Haji Suhaimi bin Daud yang telah bermula akhir 2014 yang lalu.



GALERI GAMBAR

Monday, October 27, 2014

Pengajian Kitab Hikam

Alhamdulillah... Pengajian Kitab Hikam bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Daud untuk minggu pertama selesai dilaksanakan pada 25 Oktober yang lalu. Terima Kasih pada muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi ruang Masjid Jamek Tok Jiring.



Tuesday, October 21, 2014

Kuliah Maghrib Pengajian Kitab Hikam ~ Ustaz Haji Suhaimi bin Daud.



InsyaAllah, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan mengadakan Kuliah Maghrib Mingguan, Pengajian Kitab Hikam yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Suhaimi bin Daud seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Bermula 24-10-2014 / 29 Zulhijjah 1435H
Masa : Jumaat Malam Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

:: Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. 


Berikut, dilampirkan peta untuk ke Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak didalam Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).