Pages

Showing posts with label tahfiz. Show all posts
Showing posts with label tahfiz. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Khatib Tamu & Kuliah Maghrib 04/12/2015 - Imam Muda Fakhrul


Alhamdulillah, bersempena program KEM TAHFIZ ANAK SOLEH yang sedang berlangsung di Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), pihak Masjid Jamek Tok Jiring berpeluang untuk menjemput Imam Muda Fakhrul Razi sebagai Khatib Tamu dan Pentazkirah bagi slot Kuliah Maghrib.

Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Program : Khatib Tamu
Tarikh : 04 Disember 2015
Masa : Solat Jumaat

Program : Kuliah Maghrib
Tarikh 04 Disember 2015
Masa : Selepas Solat Maghrib.

Semoga dengan kehadiran muslimin dan muslimat dapat mengimarahkan program pada kali ini. InsyaAllah.



Monday, November 16, 2015

Khatib Tamu 20/11/2015 : Ustaz Najmul Khairi (AFMY)



InsyaAllah, pada minggu ini, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan menampilkan Ustaz Ahmad Najmul Khairi daripada Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) sebagai Khatib Tamu pada minggu ini

Jemput semua muslimin untuk hadir pada hari Jumaat ini bersamaa 20 November 2015.


Monday, October 27, 2014

Pengajian Kitab Hikam

Alhamdulillah... Pengajian Kitab Hikam bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Suhaimi bin Daud untuk minggu pertama selesai dilaksanakan pada 25 Oktober yang lalu. Terima Kasih pada muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi ruang Masjid Jamek Tok Jiring.



Tuesday, October 21, 2014

Kuliah Maghrib Pengajian Kitab Hikam ~ Ustaz Haji Suhaimi bin Daud.



InsyaAllah, pihak Masjid Jamek Tok Jiring akan mengadakan Kuliah Maghrib Mingguan, Pengajian Kitab Hikam yang akan disampaikan oleh Ustaz Haji Suhaimi bin Daud seperti ketetapan berikut :

Tarikh : Bermula 24-10-2014 / 29 Zulhijjah 1435H
Masa : Jumaat Malam Sabtu
Tempat : Masjid Jamek Tok Jiring

:: Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu ini. 


Berikut, dilampirkan peta untuk ke Masjid Jamek Tok Jiring yang terletak didalam Kompleks Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT).



Friday, March 21, 2014

Masjid Tok Jiring (2007 - 2014)

Assalamualaikum...
Pertama sekali, mohon maaf kepada semua kerana agak lama tidak mengemaskini perkembangan terkini mengenai Masjid Tok Jiring yang telah memulakan proses pembinaannya sekitar tahun 2007. Masjid ini terletak di belakang bangunan Maahad Tahfiz Waltarbiyyah Darul Iman (MTT) atau dahulunya dikenali sebagai Institut Berakan (IB).

Struktur asas bangunan Masjid telah pun digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perhimpunan, aktiviti, majlis berbuka puasa dan juga kelas termasuk Kelas Tahsin dan Talaqqi Al-Quran untuk masyarakat sekitar.

Untuk makluman tuan/puan, bermula Mac 2014, Masjid ini telah memulakan fasa pembinaan berikutnya iaitu bermula dengan pembinaan TANGGA, diikuti KUBAHMIMBAR dan DEWAN diruang bawah masjid.

Sumbangan dari tuan puan masih diperlukan untuk menyiapkan pembinaan yang dinyatakan tadi. Sumbangan anda boleh disalurkan ke :

Akaun MAYBANK : 5630 6411 2631 atas nama JAWATAN KUASA PEMBINAAN MASJID TAHFIZ DARUL IMAN.

Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan kepada :
Ustaz Mohd Zahib : 013-903 5389
Ustaz Muzaihar Kamal : 017-412 0225
Ustaz Mohd Shaiful Ambia : 019-922 9158

Berikut, dilampirkan maklumat pembinaan yang dijangka disiapkan pada 2014.
1) TANGGA SISI (24' x 40')
Anggaran Kos : RM 100,000.00 - RM150,000
Mula Kerja : 1 MAC 2014
Anggaran Masa : 2 Bulan.

2) Pembinaan Kubah (Diameter 9m)
Anggaran Kos : RM 120,000.00
Mula Kerja : 1 MEI 2014
Anggaran Masa : 1 Bulan

 3 ) Mimbar Masjid.
Anggaran Kos : RM 30,000.00

4) Dewan (Ruang Bawah Masjid)
Anggaran Kos : RM50,000.00
Boleh memuatkan sekitar 200 orang 
Dibawah ini, disertakan beberapa gambar-gambar pembinaan masjid dari awal proses pembinaan hingga 2014.